enjoy with my blog !

ehem,ehem..
kawan2,.nk tgok boley tp jgn jd stalker k,. =)

Wednesday, 21 November 2012

aku dulu dan aku sekarang..

pejam celik.. pejam celik..dah masuk akhir bulan November. awal bulan December nnt aku daftar masuk ke uitm..cuti sebulan yg aku rasa macam 3 bulan. sangat bosan.. pe yang aku rasa, cuti ni adalah cuti yang membawa perubahan pada diri aku. setiap kali aku berhadapan dengan orang yang aku kenal,.tak lekang dari mulut dia orang cakap aku dah gemuk..haaihh..kadang-kadang penat aku nak tepis kontroversi ni..hehe. memang aku tak nafikan, aku rasa perubahan kat diri aku..aku rasa badan aku semakin mengembang,tapi tak la gemuk.. kalu dulu berat badan aku maintain 37kg walaupun makan dgn banyak..lansung tak ada perubahan. tp sekarang naik 10kg..jadi 47kg..naik yang mendadak. sebenarnya aku suka dengan badan aku sekarang,.ideal dengan ketinggian aku. aku masih ingat apa yang mak aku cakap dulu "pela badan kurus sangat, orang tolak je dh jatuh"..bila fikir balik,betul la pe yang mak aku cakap tu..

kadang-kadang bila aku tengok balik gambar-gambar dulu..aku gelak sendiri..hodohnya duluuu ! hahaa..malu nk bagi orang lain tengok gambar tu,.biarlah buat tatapan sendiri. sekurang-kurangnya boleh buat penambahbaikan pada diri. sebenarnya disebalik kenaikan berat badan aku yang mendadak ni ada rahsia. nk tahu apa rahsianya ?? makan pil..bukan pil tambah berat badan tau ! pil haruan jadi amalan 2 kali sehari..ubat tradisional. aku pun tak tahu kenapa aku ambil pil ni pada mulanya..macam mana aku boleh ambil pil ni ?? macam ni ceritanya..

mula-mula mak aku yang amalkan makan pil ni,untuk kesihatan badan..memang sihat ! kalau dulu mak menghidap penyakit asma yang teruk,sehinggakan tak boleh makan benda sejuk macam tembikai..pe lagi kalau kena hujan..Inhaled la yang dicari. tapi sekarang penyakit tu dah sembuh selepas mengamalkan ubat tu. .bukan main happy lagi mak aku,.semua makanan dibedal ! rasa sakit-sakit badan pun hilang malahan selera makan makin bertambah..sejak tu mak offer kt aku,dengan harapan anaknya akan gemuk bila makan pil tu. pada mulanya aku makan saje-saje sebab nk tengok betul ke effect ubat tu,.tapi bila dh makan pil tu,perut rasa lapar je..rasa nk makan je walaupun baru makan..sanggup buka tudung saji tengah-tengah malam sebab nk makan ! hahh..penangan pil tu..aku terus amalkan..sekarang pil tu dh famous sehinggakan pakcik aku sanggup ulang-alik dari pahang ke sekinchan setiap bulan semata-mata nk beli pil tu.

hampir habis 1botol pil tu..perubahan diriku ketara. pipi dh naik,perut dh ada layer..haihh. kawan-kawan aku suka tarik pipi,dicium lah..asalkan diaorang dapat pegang pipi aku. longgar dh otot pipi aku.. rimas ! haha..

kadang-kadang jadi tanda tanya juga,kenapa naik belah pipi je..maybe semua makanan tu naik kt pipi kot,haha.. lama-kelamaan baru aku rasa badan aku mula kembang,haa..2helai seluar dh kena buang sebab tak dapat nk menampung pinggang empunya badan..baju raya tahun ni pun dh ketat ! hah,nampak tak kenaikan berat badan yang mendadak..bila dh macam tu,mak cakap "dh la dik,makan sekali je pil tu..nanti gemok gedempol buruk laa.." hahaa..buat lawak la mak nii..

apapun, aku bersyukur dengan badan aku sekarang..aku cuba maintain dengan berat badan ni. kalau dulu nk naikkan ke 40kg pun susah..tapi sekarang bila berhadapan dengan orang yang aku kenal,first impression dia diam pandang aku dari atas sampai bawah then akan cakap "eh,ko gem0kk ! " tak mampu berkata apa-apa dan hanya mampu tersenyum.
ok,.sampai sini je aku berkongsi perubahan diri aku yang dulu dan sekarang..kalau dulu aku buruk,sekarang aku gorgeous ! hahaa..ok daa~ assalamualaikum :)