enjoy with my blog !

ehem,ehem..
kawan2,.nk tgok boley tp jgn jd stalker k,. =)

Saturday 14 April 2012

one week for my nephew

huh,.lama juga tak jadi penulis berjaya. maklumlah, final exam baru je lepas. and now,i'm semester holiday for 2 month. erm macam tak percaya je dah nak jadi pelajar sem2 kt uitm tu, rasa sekejap sangat. btw,sekarang masa cepat berlalu..kalau bukan kita yang kejarnya siapa lagi.

tuk,.tuk,.tuk,.dah 2minggu aku bercuti. minggu pertama aku habiskan bersama mak dengan abah aku tersayang at Tanjong Karang,selangor. manakala minggu kedua pula,aku habiskan masa bersama anak buah ku di Tanjong Malim,Perak. di sini la tempat aku rasa paling rileks. mana taknya,aku tidur pun pukul 1,2 pagi dan aku bantai sampai pukul 10,11 pagi tanpa ada gangguan.,hehe. tapi,jangan salah sangka solat 5 waktu tu aku dahulukan then baru aku tidur semula. hidup bersama anak buah aku tu banyak karenahnya. lebih-lebih lagi setelah beberapa bulan aku tak berjumpanya. biasa la,sibuk dengan belajar..balik rumah pun kadang-kadang je.




sikap manja budak kecil tu lebih-lebih bila dia dapat berjumpa dengan makcik kesayangan dia ni,hehe. maklumlah makcik dia ni kan sangat baik berbanding makcik dia yang lagi satu iaitu adik aku. gelaran sebagai cikma aku terima sejak dia lahir lagi,manakala cikyah pula gelaran untuk adik aku. seperti yang dia katakan "nak cikma jaga,tak nak cikyah jaga. cikyah jaga marah-marah je. cikma baik". ha tu dia.. kini umur anak buah ku itu sudah mencecah 5 tahun tetapi sikap manjanya mengalahkan budak berusia 3 tahun. ini kerana dia masih tidak memiliki adik. dia dapat belaian daripada mama dan ayahnya lebih. sebab itu,dia sangat manja dan mengada-ngada. =)



bila dia mendapat tahu bahawa cikma nya akan bercuti,dia suruh parents nya balik ke kampung dan bawa cikma nya balik ke rumahnya. kadang kala budak ni bijak jugak. sebagai seorang makcik,tak sampai hati bila tengok anak buahnya menangis kerananya. dengan itu,aku ambil keputusan untuk tinggal bersamanya selama seminggu. seperti biasa,pada malam pertama sahaja dia tidur bersamaku. pada malam berikutnya pula dia tidur bersama mama dan ayahnya. dia yang sudah bersekolah akan dihantar sekolah oleh mamanya sebelum mamanya pergi kerja. kebiasaannya,dia akan balik pada waktu petang setelah tamat waktu kerja mamanya,tetapi apabila aku ada di rumahnya dia akan pulang awal iaitu pada pukul 1 petang. dengan alasan dia mahu makan bersama cikmanya. so sweet,..

apabila dia sampai saja di rumah,perkara yang dicari ialah game. sebagai makcik yang baik bagi jela apa-apa yang dia mahukan. dia akan bermain game sehingga dia berasa lapar. selepas itu dia akan menyuruh cikmanya masakkan sesuatu untuknya. itulah kerja dia.. Apabila tiba saat dia mahu mandi,nama cikmanya juga akan disebutnya dahulu. nak tak nak aku lakukan demi anak buahku,.padahal kalau tiada cikmanya dia mandi sendiri je,.isk nganda-ngada.

sepanjang aku tinggal disana,xteratur makan aku. entah bila sarapan aku,makan tengahari,makan malam. pe yang ada kt dalam peti ais tu semuanya aku rembat. macam ni la makanan aku..



haa,..manakala makan malam aku adalah makanan asasi orang Malaysia iaitu nasi. lebih kurang macam tu la menu aku seharian. apa pun aku bersyukur sebab Allah masih bagi aku rezeki untuk aku teruskan hidup aku sebagai hambanya. Alhamdulillah,.
banyak lagi orang yang tak dapat makan kat luar sana yang tak mampu kita tolong nasib mereka. oleh itu,jangan la kita sesekali memperkecilkan nikmat yang telah Allah bagi,.
Ok lah,cukup sampai disini perkongsian saya..mohon maaf andai tersalah bicara sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk tu datang daripada diri saya sendiri..wassalam. =)




No comments:

Post a Comment